berita

[FOTO] Indahnya Sambutan Hari Ulangtahun Ke-30 Neelofa, Cantik Persis Bidadari!

February 11th, 2019 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Tanggal 10 Februari merupakan tarikh yang paling bermakna buat pelakon dan pengacara terkenal Noor Neelofa Binti Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Lofa apabila usianya kini genap 30 tahun.

Uniknya sambutan ulangtahun kelahiran Lofa pada tahun ini, beliau menganjurkan majlis keagamaan yang diadakan di Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr Ismail.

Rai bersama keluarga dan peminat

Indahnya majlis keagamaan

Majlis yang berkonsepkan perkongsian ilmu itu memberi fokus terhadap cara mengerjakan solat dan merangkumi juga demo solat, cara bacaan dalam solat serta sesi soal jawab.

Sesi membetulkan bacaan surah Al-Fatihah

Hampir 150 orang peminat dan ahli keluarga Lofa menghadiri majlis tersebut. Majlis yang bertemakan Light and Love Saturdate itu diketuai oleh Imam Muda Asyraf.

Cantiknya Lofa “persis bidadari syurga”

Lebih menarik, Lofa turut melakukan demo solat dan cara bacaan solat dengan maksud dalam Bahasa Melayu.

Kehebatan Lofa dalam menghafal setiap rukun solat dalam Bahasa Melayu bagi menunjukkan aspek pemahaman dalam setiap pergerakan atau bacaannya dalam solat ternyata membuat peminatnya begitu kagum dengan beliau.

Demo sujud yang dilakukan oleh Lofa

Menurut daripada sumber Nona, Lofa ternyata berpuas hati dengan majlis tersebut kerana rata-rata dari mereka yang hadir nampak begitu semangat untuk mendalami ilmu.

Pesanan khas Mama buat Lofa dan bakal “Jodoh”

Light and Love Saturdate bukanlah majlis keagamaan yang pertama kali dianjurkan oleh Lofa. Sebelum ini Lofa bersama pihaknya juga pernah menganjurkan beberapa kelas berbentuk kerohanian.

Lofa juga turut terharu dengan ingatan serta doa dari peminatnya yang tidak putus-putus terutama sempena ulangtahun kelahirannya yang ke 30.

Sumber: Instagram Neelofa , Instagram Neelofa team , MHE TV & Nona

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×