Bukan sahaja berbakat dalam bidang sukan, atlet dari Kazakhstan iaitu Sabina Altynbekova mencuri tumpuan ramai kerana memiliki rupa paras jelita. Ketinggiannya yang mencecah sehingga 1.82 meter membuatkan pemain bola tampar ini digilai setiap kali turun padang. Cantik betul!
Lincah
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Memetik laporan volleyverse, nama Sabina Altynbekova mula menjadi perhatian dunia apabila dia muncul dalam Kejuaraan Bawah 19 Tahun Asia di Taiwan pada tahun 2014. Ketika itu pemain ini baru sahaja berumur 17 tahun.
Dianggap terlalu cantik untuk sukan
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Bekas jurulatih pasukan Kazakhstan, Nurlin Sadikov berkata Sabina terlalu cantik untuk bermain sukan tersebut. Tumpuan yang diberikan orang ramai kepadanya seolah-olah dia adalah pemain tunggal dalam pasukan.
Malah, Sabina sendiri mengakui tidak selesa dengan keadaan tersebut. Dia mahu dikenali kerana bakat dalam sukan bola tampar bukan rupa paras semata-mata.
Lebih 1 juta followers di Instagram
View this post on Instagram
View this post on Instagram
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Dilahirkan pada 5 November 1996, gadis ini mempunyai pengikut yang ramai di media sosial. Sehingga kini, dia berjaya mengumpul lebih 1 juta pengikut.
Menerusi medium tersebut, dia kerap memuat naik perkembangan terkini termasuk foto-foto bersama bintang sukan terkenal seperti Luis Figo.
Sumber: volleyverse , Sabina Altynbekova