berita

Foto : Adakah Pelakon Cantik Ini Kekasih Jep Sepahtu?

October 21st, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-10-21 at 2.29.06 PM

Sekitar bulan Februari lalu, kecoh dunia hiburan tanah air apabila Jep Sepahtu didakwa telah bertunang dengan seorang gadis sekampung dengannya di Kluang, Johor.

Walaupun pada mulanya Jep dilihat seakan-akan lari daripada pihak media, akhirnya pelawak terkemuka itu menafikan khabar angin tersebut dan menjelaskan bahawa dia masih lagi solo.

Ha.. tapi berita yang kami dengar ini pun mungkin akan mengecewakan peminat Jep sekali lagi. Khabarnya kini Jep sedang bercinta dengan seorang pelakon yang memang cun melecun. Amboi. High taste!

Kami pun tak pasti kebenaran gosip yang kami terima ni. Menurut sumber-sumber, pelakon bernama Nazeera Sardi ini adalah teman wanita Jep.

Screen Shot 2014-10-21 at 2.30.23 PM

Dakwaan itu dikuatkan lagi apabila Nazeera ada memuatnaik sekeping fotonya bersama Jep yang mengandungi caption berbaur romantis. Jika benar bagai dikata, apa yang nak ditunggu lagi kan? Cepat-cepatlah masuk meminang, nanti takut disambar orang pula.

UPDATE: 

Jep Sepahtu berkata bahawa dia memuat naik foto bersama Nazeera dalam instagram kerana wanita tersebut adalah yang paling terapat dalam hidupnya setakat ini.

“Tak tahu nak cakap macam mana tetapi apa yang boleh saya katakan, dia adalah wanita yang paling rapat dalam hidup saya setakat ini.

“Dan tiada apa yang perlu dirahsiakan. Sebab itu saya memuat naik beberapa foto kami di Instagram. Yang penting kami sudah pun mengenali keluarga masing-masing.

Tetapi jangan pula ingat saya memuat naik foto-foto berkenaan kerana ingin melenyapkan gosip saya sudah bertunang.

Petikan daripada Mstar

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×