berita

[FOTO] Kasih Sayang Seorang Kakak Terhadap Adik Hidap Kanser Beri Inspirasi Buat Netizen

January 25th, 2020 | by Amirul Asraf
Insiprasi

Jika tahun lalu, netizen meluahkan perasaan terharu apabila melihat sikap penyayang seorang kakak apabila cuba menenangkan adik lelakinya yang sedang bertarung nyawa akibat penyakit kanser.

Terbaru, ibu kanak-kanak tersebut iaitu Kaitlin Burge memaklumkan bahawa anaknya Beckett Burge masih lagi melawan penyakit itu.

Sikap penyayang seorang kakak

Jika diimbas kembali foto yang pernah dimuat naik ibu kanak-kanak itu pada bulan Januari tahun lalu, Beckett yang berusia dua tahun pada ketika itu disahkan menghidap penyakit leukemia limfoblastik akut. Manakala, kakaknya Aubrey pula berusia 5 tahun.

Walaupun kedua-dua mereka masih lagi kecil, sikap penyayang yang ditunjukkan oleh Aubrey apabila menggosok belakang adiknya ketika selesai menjalani sesi kemoterapi di dalam tandas itu ternyata membuatkan netizen tersentuh bahkan memberi pujian.

Dua beradik jadi inspirasi

Menerusi Facebook Beckett, ibunya memberitahu bahawa anaknya itu gigih menjalani kemoterapi dan suntikan steroids. Berkat kegigihan dan kekuatan yang ada, Beckett selamat mengambil kesemua suntikan steroids. Tambah Kaitlin, anaknya Aubrey sentiasa berada di samping adiknya dan tidak putus-putus memberi semangat. Malah, keadaan kesihatan Beckett kini bertambah baik daripada sebelumnya.

Buat penghidap kanser di luar sana, Kaitlin turut memberitahu bahawa sokongan keluarga sangat penting, meskipun pesakit tersebut berusia 3 tahun. Netizen turut memberitahu bahawa mereka sangat kagum dengan semangat Beckett untuk terus hidup. Netizen turut memberitahu kisah mereka ini perlu dijadikan sumber inspirasi agar para keluarga di luar sana tidak pernah berputus asa memberi sokongan kepada pesakit-pesakit kanser untuk kembali sihat.

Sumber: Beckett Strong & Kaitlin Burge

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×