berita

Foto : Keluarga Teruja Lihat Kandungan Pertama Betty Banafe

October 8th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Betty Banafe

Tahun ini ramai juga selebriti tempatan yang timang cahaya mata pertama mereka kan? Rasanya dah macam satu musim pula.

Jika diikutkan daripada awal tahun sehingga hujung tahun 2013 ini lebih daripada sepuluh pasangan selebriti yang bakal atau telah selamat menyambut kelahiran bayi mereka dan rata-ratanya terdiri daripada pasangan yang baru melangsungkan perkahwinan sekitar tahun lepas.

Dalam ramai-ramai selebriti tersebut, Betty Banafe atau nama sebenarnya, Betty Ibtisam Abu Bakar Benafe turut merupakan salah seorang selebriti yang bakal menyambut kelahiran cahaya mata sulungnya bersama suami tercinta, Bruce Darghous.

Betty difahamkan akan menyambut kelahiran bayi pertamanya itu pada bulan Disember depan dan pada ketika ini usia kandungannya telah mencecah 29 minggu atau tujuh bulan lebih.

Betty Banafe 6

Betty bersama ahli keluarganya di Jakarta

Meskipun tengah sarat mengandung, akan tetapi Betty tidak terlalu memanjakan dirinya dengan hanya berehat di rumah sahaja. Melalui perkongsian foto-foto di laman sosialnya, pelakon tersebut dilihat masih gagah berjalan dan melawat saudara maranya yang berada di Jakarta, Indonesia baru-baru ini.

Menurut Betty, keluarganya merasa sangat teruja apabila melihat kehamilan pertamanya itu dan semuanya sudah tidak sabar untuk menunggu kalahiran bayi tersebut.

Sebagai rujukan, Betty telah bernikah dengan jejaka berketurunan Arab, Bruce Darghous pada 8 Disember 2012 di kediaman keluarganya di Villa, Kempas, Johor.

Untuk semua peminat yang rindu akan kemunculan Betty Banafe, di sini OHBULAN! kongsikan beberapa foto pelakon tersebut untuk tatapan anda semua.

Kredit Foto : Instagram Betty Banafe

SKIP THIS AD ×