berita

“Kenapa Kita Mesti Bertindak Mengikut Perasaan?” – Betty Banafe

September 7th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Nampaknya sudah lama nama Betty Banafe tidak menghiasi berita hiburan tempatan. Oleh itu sewaktu bertemu di majlis rumah terbuka Media Prima semalam, pihak OHBULAN! sempat menemubual Betty dan bertanya tentang perkembangan terbaru dirinya.

Sewaktu sesi temubual, Betty Banafe telah melahirkan rasa kecewanya terhadap segelintir individu yang telah menjalankan aktiviti tidak bermoral sewaktu sambutan Hari Kemerdekaan ke 55 minggu lalu.

“Saya rasa sangat kecewa dengan tindakan sesetengah individu yang melakukan aktiviti tidak bermoral sewaktu sambutan Hari Kemerdekaan minggu lalu. Tindakan yang dilakukan oleh mereka merupakan tindakan yang sia-sia dan langsung tidak memberi impak kepada isu yang ingin diperjuangkan.”

“Kenapa kita mesti bertindak mengikut perasaan? Tidakkah kekacauan tersebut bakal membuatkan ekonomi negara terjejas? Oleh itu, saya rasa sambutan lebaran kali ini merupakan sambutan yang paling seronok, kerana impak 1 Malaysia yang diperjuangkan oleh Perdana Menteri sampai kepada diri saya.” ujar Betty Banafe dengan penuh semangat patriotik.

Menurut Betty lagi, kini dia banyak menyendiri dan lebih fokus kepada Restoran milik keluarganya yang terletak di Johor Bharu. Restoran milik keluarga Betty ini dikenali sebagai Banafee Village dan ia beroperasi 24 jam sehari.

Merujuk kepada perkembangan terbaru, Betty bakal mengeluarkan lagu single terbaru miliknya berjudul “Tak Sengaja.” Video klip lagu ini bakal dijalankan minggu hadapan dan lokasi pilihan adalah Hutan Simpan Pahang.

SKIP THIS AD ×