berita

‘Kehidupan Harus Diteruskan Walau Apa Pun Terjadi’ – Betty Banafe Umum Cerai

July 17th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelakon, Betty Banafe mengumumkan bahawa dia sudah bercerai dengan suaminya, Bruce Dargus, pada 10 Julai lalu di Mahkmah Rendah Syariah Johor Bahru.

Walaupun sudah tujuh tahun melayari bahtera rumah tangga, Betty reda dan menganggap ada hikmah disebalik perceraian yang berlaku.

Kami berpisah cara baik

Menerusi Instagram Betty Banafe, tanggal 10 Julai lalu merupakan tarikh yang bermakna buat dirinya dan keluarga. Mereka sedar semua yang dimilikui hanyalah pinjaman dari yang Esa. Tambahnya, ianya merupakan peringatan untuk bersyukur dan berubah menjadi lebih baik.

Dia pasangan yang baik

Menurut laporan Mstar, Betty pada mulanya enggan berkongsi dan mengulas lebih lanjut mengenai perceraiannya. Namun, dia terpaksa memberitahu umum supaya tidak timbulnya fitnah.

Kalau ikutkan saya tak nak kongsi dan tak nak ulas lebih lanjut mengenai perkara ini tapi takut nanti ada berlaku fitnah, saya terpaksa beritahu. Saya percaya ada hikmah di sebalik apa yang terjadi dan bekas suami seorang yang baik tapi antara kami sudah tiada keserasian dan jodoh kami tidak panjang.

Kehidupan harus diteruskan walau apa pun terjadi. Tapi bagi saya, mungkin ini juga merupakan peluang untuk saya mencari keredhaan Allah. Sekarang fokus saya hanya pada anak-anak dan keluarga. Selain itu dia turut fokus terhadap perniagaan.

Betty dan Bruce mendirikan rumah tangga pada 8 Disember 2012 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Julia Claire Dargus dan Bruce Dean Dargus.

Sumber: Betty Banafe & Mstar

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×