berita

[FOTO] Kurang Ajar Punya Penyewa!

January 23rd, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Kisah rumah sewa yang ditinggalkan dalam keadaan yang teruk memang selalu kita dengar. Banyak kali juga berlaku di mana, tuan rumah terpaksa menanggung kerugian yang sangat tinggi apabila kejadian ini terjadi.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Miskin Tak Apa Tapi Jangan Jadi Pengotor’ – Rumah Dah Macam Tempat Pelupusan Sampah, Jijik!

Di Facebook, seorang tuan rumah yang dikenali sebagai Inca Madina, berkongsi beberapa foto mengenai keadaan rumahnya sebaik sahaja ‘penyewa dari neraka’ itu dipercayai lari meninggalkan rumah berkenaan.

Nak menangis rasa

Menerusi beberapa foto yang dikongsikan oleh Inca, keadaan rumahnya boleh dikatakan terlalu teruk dan tidak dijaga oleh penyewa yang lari itu. Jika dilihat di ruangan dapur, pelbagai sampah sarap termasuk kotak telur dibiarkan begitu sahaja. Lebih teruk, ruang tamu rumahnya juga kelihatan seperti ‘tapak pembinaan’ yang dipenuhi pelbagai tin, botol serta tong besar.

Menjengah di ruangan bilik pula, pelbagai kain turut dibiarkan sebegitu sahaja tanpa disusun. Malah, perabot seperti meja dan almari juga dibiarkan dalam keadaan yang tidak teratur.

Buruknya perangai

Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa geram sebaik sahaja melihat keadaan rumah yang dikongsikan oleh Inca itu. Mereka turut berharap setiap penyewa rumah mempunyai rasa tanggungjawab ketika hendak keluar dari rumah sewa yang didiami.

Sumber: Inca Madina

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×