berita

Foto : Leuniey Natasha Kini Cantik Bertudung

May 22nd, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Leuniey Natasha & Khairul Fahmi

Dalam tak sedar, sudah hampir 5 bulan pasangan ini melangsungkan perkahwinan. Dan pada bulan Mac yang lepas, para peminat telah dikhabarkan dengan berita mengatakan Leuniey sudah pun mengandungkan anak Khairul Fahmi Che Mat.

Tidak dapat dipastikan samada benar atau tidak khabar angin tersebut, namun selepas melihat akaun Instagram Leuniey baru-baru ini, isteri kepada penjaga gol kebangsaan itu dipercayai sudah berhijrah.

Menerusi laman Instagramnya, Leuniey dilihat selesa dan tidak kekok memakai tudung. Dia yang berusia 22 tahun ini juga kelihatan lebih cantik dan menawan dengan tudung yang dipakainya.

Leuniey Natasha

Menerusi komen seorang peminat pula, gaya Leuniey dengan tudung dan juga spek mata hitamnya membuatkannya kelihatan seperti Abby Abadi. Anda rasa?

4e345cf6c1de11e2b7f822000a1fb726_7

Ada macam Abby Abadi tak?

Jika benar Leuniey sudah berhijrah, baguslah. Tapi apa yang kami nak tahu sebenarnya, bila rakyat Malaysia nak dapat penjaga gol kebangsaan ‘junior’ pula ni? Semoga berbahagia ya!