Siapa tak nak anak yang bijak kan? Cuma kadang-kala ibu bapa tak berapa nak tahu cara untuk melatih anak anda untuk minat belajar.
Nah, kami jadi tertarik dengam post Nur Jannah Nur Iskandar yang berjaya mendidik anaknya untuk bermain sambil belajar. Pandai tau anak dia!
Sofea diajar tlg mommy daddy kemas rumah, basuh pinggan, masukkan baju kotor dlm bakul, kemas toys lepas main etc. After dia dah siap, puji dia berbakul2: masha allah rajinnya anak mommy! Solehahhh sgt nnt Allah syg
Hands eye coordination. Ajar anak menumbuk menggunakan lesung batu, scooping, kebersihan dan jgn lupa puji usaha dia. Subhanallah! Rajinnya anak mommyyyy
Matching colour menggunakan kain felt dan batang aiskrim. Boleh buat pretend play main jual2 aiskrim dan pilih flavor ice cream
Aktiviti dalam kereta. Tampal manik according to numbers and colours
Since baby smp sekrg x pernah tinggal anak2 dgn flash card hijaiyah ni. Teknik mengajar flash card boleh google ya. Xperlu lama sgt perkenalkan flash card. Satu card satu saat
She loves painting so much!
My hand made sensory bag for Haris. Mcm2 boleh letak dlm beg tu: sticker, buttons, eraser dan mcm2 lg
Duduk hotel ni untung ada bath tub. Time ni mommy duduk sekali dgn dia ajar konsep float and sink. Siap buat experiment smp sudu garpu kat dapo pun mommy amek hehe. And yes Alhamdulillah dia dah faham concept floating and sinking
Ha.. ibu-ibu kat rumah tu dah boleh dah slow-slow didik anak-anak dengan cara mudah ni! Yang penting kena sabar ya, jangan tiba-tiba nak anak tu jadi bijak pandai pula.