berita

[FOTO] ‘Mancungnya Hidung’ – Anak Fizo Omar Jadi Perhatian, Cantik & Seindah Namanya

January 13th, 2018 | by Arini Saleh
Lensa Insta

Berkat kesabaran selama 4 tahun, Fizo Omar dan Mawar Karim pada 29 Disember lalu akhirnya telah selamat menimang seorang cahaya mata puteri. Seperti yang dikongsi Fizo sebelum ini, isterinya ada mengalami penyakit Endometriosis yang menyebabkan beliau sukar hamil. Oleh itu, kami pasti kehadiran bayi sulung ini merupakan hadiah yang paling bermakna buat mereka berdua.

Di instagram Fizo telah berkongsi kegembiraannya menyambut puteri sulung itu, dia juga ada memuatnaik gambar bayi mereka untuk tatapan peminat. Wah memang comel. Mancung sangat hidung tu. Geram!

Comelnya Wan Maryam

Assalamualaikum…
Hye smua uncle n aunty kawan daddy n mummy dlm ig n fb ni.

Nama saya Wan Maryam binti Wan Hafizol. Hari ni genap 2 minggu umur saya. Terima kasih kpd yg mendoakan kami smua selama ini.

Terima kasih banyak-banyak mummy


Saya nak ucapkan terima kasih byk2 kpd mummy rose @mawar_karim yg 24 jam bersama saya selama 9bln ni. Mummy bertarung nyawa nak lahirkan saya pada 29 dec 2017. Saya pulak asyik tendang perut mummy je sebelum ni. Sory yea mummy!

4 tahun mummy n daddy tunggu saya. Dan saya tahu yg paling happy adalah neny saya Pn Faridah dan tok bah saya En Aminuddin sbb saya ni cucu pertama. Tok ma pun happy sgt sbb dia selalu ckp 1 je permintaan dia yg belom capai adalah nak tgk anak Fizo. Alhamdllh dengan kehadiran saya ni semoga membawa keberkatan dan menggembirakan semua orang.

Doakan saya sentiasa sihat dan menjadi anak yg solehah.

#fizomawar
#wanmaryam

‘Secantik namanya’

Sumber : Instagram Fizo Omar

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×