berita

Foto MK K-Clique Tayang ‘Six Pack’ Buat Ramai Gadis Tak Keruan

March 2nd, 2021 | by Amat
Lensa Insta

Siapa tidak kenal dengan penyanyi rap dari kumpulan K-Clique iaitu MK atau nama penuhnya Muhammad Hairi Amin Bin Hamdan. Tidak dinafikan, raut wajah manis jejaka berusia 25 tahun ini telah ‘mencairkan’ hati segelintir para gadis dan sesiapa saja yang melihatnya.

Rapper dari kumpulan K-Clique ini sering berkongsikan aktiviti hariannya buat pengikut di media sosial. Sehinggakan foto ‘shirtless’ yang dikongsikannya turut membuatkan pengikut wanita ‘pecah ovari’.

Kongsi foto ‘shirtless’

Foto ‘shirtless’ yang memaparkan MK berdiri di depan cermin sambil memegang sehelai pakaian jenis blazer itu curi perhatian pengikut wanita. Perkongsian tersebut hanya disertai dengan kapsyen ringkas ‘What you reflect is what you expect‘ itu telah dapat lebih 101 ribu tanda suka.

‘Sado dah sekarang’

Di ruangan komen, rata-rata pengikut perasan akan perubahan fizikal penyanyi rapper ini. Katanya, bentuk badan MK sudah kelihatan ‘sado’ berbanding sebelum ini.

Sambutan tahun baru

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MK K-CLIQUE (@hairiwhuut)

Terdahulu, MK turut berkongsikan sebuah video percutiannya di sebuah pantai. Video tersebut juga mendapat perhatian ramai apabila rapper itu kelihatan tidak berbaju dan berlari menuju ke pantai untuk bermandi-manda. Sementara itu, dalam posting berkenaan dia mengambil kesempatan mengucapkan selamat tahun baru kepada semua pengikutnya.

Sumber: MK K-Clique

SKIP THIS AD ×