Pelakon dan juga penyanyi rap, Noki mendedahkan bahawa dia sebenarnya pernah mengikuti kumpulan Tabligh selama dua tahun di Sabah sebelum akhirnya membuat keputusan untuk bekerja dalam industri hiburan.
Artikel Berkaitan: Noki Tersinggung Tuju Tak Datang Majlis Kahwin MK – ‘Kalau Dia Sahabat Kami Dari Dulu Sepatutnya Datang’
Artikel Berkaitan: Ahli K-Clique Jadi Dulang Boys Nikah MK, Netizen Hairan Tak Nampak Tuju
Kecewa dengan diri
Memetik laporan Harian Metro, Noki atau nama sebenarnya Ahmad Ikhwan Aji menyatakan bahawa semasa penglibatannya dengan kumpulan Tabligh, dia akan keluar selama tiga hari setiap bulan untuk tujuan berdakwah atau ‘tashkil’ di masjid di seluruh Sabah, walaupun tempat tersebut tidak dilengkapi dengan bekalan air dan elektrik.
Saya pernah menyertai kumpulan Tabligh selama dua tahun ketika menetap di Sabah dan setiap bulan selama tiga hari, saya akan keluar belajar (berdakwah) di seluruh kawasan dalam Sabah.
Saya selalu berdoa pada Allah minta apa yang diinginkan dan Alhamdulillah, memang semua dapat. Nak ‘bebas’ Allah bagi, nak rasa ada duit, nak rasa itu dan ini, semua ada dapat, Allah makbulkan.
Tapi, ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa pandemik dulu, ia kembali membawa saya untuk mengubah semula diri ke arah lebih baik dengan berbalik ke jalan Allah.
Tambah anggota K-Clique itu , dia pernah berasa kecewa dengan dirinya sendiri apabila merenungkan hakikat bahawa Allah telah memberikan segala keinginannya, namun dia tidak membalas dengan menjadi hamba yang berbakti.
Dalam hati saya terdetik, Allah dah beri semua yang diinginkan, tapi kenapa saya tidak membalas kebaikan itu. Jadi, sekarang saya cuba mengimbangi kehidupan untuk dunia dan akhirat dengan sebaiknya semula.
Alhamdulillah, sekarang sudah semakin baik, bukan hanya kita perlu menjaga solat tetapi cara kehidupan harian yang lebih mempraktikkan ajaran Islam dipelajari dulu.
Apabila ditanya tentang kriteria wanita berpurdah yang diinginkan sebagai teman hidup, penyanyi berusia 29 tahun itu menyatakan bahawa impian tersebut masih ada, walaupun segalanya masih bergantung pada jodoh.
Semestinya, saya masih impikan dapat berjodoh dengan wanita berpurdah kerana apabila bangun pagi dapat melihat senyum yang manis, tapi semoga ia (jodoh) dipermudahkan.
Saya memang nak kahwin. Apabila tengok kebanyakan kawan rapat, termasuk anggota K-Clique pun ramai dah kahwin dan berkeluarga, saya ingin seperti mereka menikmati bahagia itu.
Noki juga mengakui bahawa dia kini dalam proses mengenali seorang wanita dan dia berharap untuk mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan kerana usianya yang sudah semakin meningkat.
Sumber: Harian Metro