Siapa sangka di sebalik wajah remaja seorang lelaki, dia sebenarnya sudah berusia 33 tahun. Denis yang menetap di Moscow, Rusia ini mendapat perhatian ramai kerana keunikan wajahnya yang tidak seiring dengan umur.
Pernah ditahan polis ketika memandu
Menurut sijil kelahiran Denis, dia dilahirkan pada tahun 1987. Dia akui mempunyai wajah seperti remaja dan fizikal tubuh badan yang kecil menyebabkan dia pernah dibuli sebelum ini. Terdapat satu kejadian, Denis ditahan polis dan disyaki memalsukan lesen memandunya.
Bertubuh kecil dari kanak-kanak
Foto: Denvashurin125
Ibu bapa Denis sudah menyedari bahawa anaknya tidak seperti kanak-kanak yang lain kerana fizikal tubuh badan Denis yang kecil berbanding rakan-rakannya.
Rata-rata pasti akan terkejut apabila dia memberitahu umurnya yang sebenar dan mereka akan menganggap dia menipu.
Sumber: Epik & Denvashurin125