Mahu mencipta keseronokan semasa belajar, seorang guru sanggup mengenakan busana Dusun Tatana Kuala Penyu, Sabah ketika mengajar online. Guru yang dikenali sebagai Nancy Maria mengakui bukan mudah untuk mengajar secara online ketika negara dilanda pandemik namun dia berusaha sehabis baik.
Tidak dinafikan, usaha guru ini membuahkan hasil apabila pelajar dilihat lebih bersemangat malah membuat permintaan untuk guru menggayakan busana suku lain pula.
Usaha untuk enjoy setiap detik
Google meet hari ini 24 Nov 2020. Seawal pagi cikgu mereka dah bersedia untuk memulakan kelas Sem 1 (7.00-9.00am) dan akan bersambung Sem 3 (9.00-11.00am). Bukan mudah mengajar secara online, tapi kita usaha untuk menikmati dan enjoy setiap detik itu. Saya memakai busana Dusun Tatana, Kuala Penyu, Sabah pagi ini khas untuk sahabat saya yang berada di Sabah dan Labuan.
#sabahmalaysia
#SumandakSabahCantik
#BorneoSpirit #ILoveSabah
#iamSarawakian
Memetik laporan Mingguan Wanita, sebelum ini cikgu Nancy pernah menggayakan sari dan busana tradisional kaum Iban. Baju-baju tersebut adalah daripada koleksi peribadinya sendiri.
Kreatif
Menurutnya lagi, selain pakaian tradisional, cikgu Nancy juga sering menukar alas meja serta lokasi kelas online di dalam rumah mengikut kesesuaian tema pada hari itu.
Cantik betul
TQVM kepada kak Jus yang meminjamkan busana Dusun Tatana, Kuala Penyu, Sabah ini untuk saya gayakan hari ini. Nak juga posing kat laman. Tu la sendiri tanam, sendiri jaga, sendiri snap, sendiri happy, sendiri syok sendiri.
Sumber: Nancy Maria