berita

[FOTO] Pamer Bakat Melukis Atas Kek Yang Ditempah Pelanggan, Kreativiti Gadis Ini Terima Pujian

August 6th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Sambutan hari lahir pasti tidak lengkap jika tiada kek kegemaran atau paling kurang pun mesti akan ada sepotong kek. Betul tak? Kebiasaannya kek akan dihias dengan krim pelbagai warna. Namun berbeza dengan gadis ini yang kreatif melukis dan menghias pelbagai jenis corak di atas kek yang dibeli pelanggan. Memang cantik betul! Siap lukis Yang Di Pertuan Raja Agong dan Permaisuri Agong.

Sangat kreatif

Mendapat lebih 9k perkongsian di Twitter, ramai yang terpegun lihat hasil kreatif gadis dipercayai salah seorang pekerja kedai kek popular ini yang boleh melukis dan menghias kek dengan baik. Malah ada yang turut berharap agar pemilik kedai kek itu memberi anugerah dan bonus lebih buat gadis yang berjaya menambat hati pelanggan ini.

Difahamkan, gadis dikenali sebagai Aina ini bekerja di Restoran Secret Recipe cawangan Star Avenue Subang. Buat pengetahuan semua ada kek yang di lukis di atas kek betul dan juga ‘Dummy Cake‘. Kebiasaannya pekerja akan menggunakan dummy cake untuk praktik menulis.

Cantiknya!

Memang wow!

Sumber : Syazana

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×