berita

[FOTO] Potong Barisan Punya Pasal, Pemandu Teksi Maut Dipukul Ketika Isi Minyak?

February 11th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Dalam sebuah kejadian yang berlaku di Jalan Sungai Besi, Kuala Lumpur, seorang lelaki maut dipercayai akibat bergaduh ketika mengisi minyak. Di media sosial, gambar kejadian viral di beberapa laman utama menunjukkan lelaki dalam keadaan berlumuran darah terbaring.

Menerusi laporan Harian Metro, mangsa dilaporkan dipukul rakan akibat tidak puas hati barisan dipotong ketika mahu mengisi gas asli kenderaan (NGV).

Pemandu teksi bergaduh

Di Twitter, wartawan Mohd Redzuan Abdul Manap, memuatnaik beberapa keping gambar melibatkan pemandu dua buah teksi. Di samping teksi pertama, terbaring seorang lelaki yang sedang diperiksa pihak polis. Turut kelihatan seorang lagi lelaki berkemeja putih dalam keadaan berlumuran darah di sekitar muka. Kawasan kejadian juga dipercayai telah ditutup oleh pihak polis.

Ketika mengisi minyak

Saksi kejadian, Imran, memberitahu ketika tiba di stesen minyak hanya terdapat dua buah teksi di pam NGV dan mereka bergaduh dipercayai akibat tidak berpuas hati.

Ketika kejadian saya baru sampai dan saya tidak tahu mereka sebenarnya sedang bergaduh.

Berdasarkan perbualan kedua-dua pemandu berkenaan, mereka kenal antara satu sama lain namun saya terkejut apabila berlaku pergaduhan.

Ketika itu saya baru tiba dan seorang pekerja pam minyak warga Bangladesh sedang menjaga pam berkenaan.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata mangsa dipercayai bergelut dengan seorang lagi pemandu teksi berusia 65 tahun. Setibanya di lokasi, dia menemui mayat warga tempatan ditemui terbaring.

Katanya lagi, mayat dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Mukhriz untuk proses bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Sumber : Mohd Redzuan Abdul Manap , Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×