berita

‘Saya Bertugas Sebagai Kerani Bukan Peguam Bertauliah’

August 17th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelakon, Fathia Latiff memberitahu kepada umum bahawa dia tidak pernah berkhidmat sebagai seorang peguam susulan fotonya yang viral sebelum ini.

Salah erti

Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff, 36, berkata, perkongsiannya yang memulakan tugas di sebuah firma guaman telah disalah erti oleh sesetengah pihak sehingga ada menyangka dia kini seorang peguam. Tambah Fathia, dia hanya bertugas sebagai seorang kerani di sebuah firma guaman.

Saya ingin menegaskan bahawa saya bertugas sebagai seorang kerani di sebuah firma guaman. Saya bukan peguam bertauliah seperti mana yang digambarkan dan difahami oleh sesetengah pihak.

Pada masa yang sama, pelakon drama ‘Nur Kasih’ ini juga memohon maaf atas kekeliruan yang diakui berpunca daripada dirinya sendiri.

Sesungguhnya ini adalah salah faham yang tidak disengajakan di mana saya telah terlepas pandang. Saya memohon maaf kepada semua pihak sekiranya sebarang kenyataan di sosial media telah menimbulkan kekeliruan.

Sumber: Fathia Latiff

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×