berita

[FOTO] Rahang Senget & Sering Dipulau Rakan, Lihat Transformasi Lelaki Thailand Ke Wajah K-Pop

November 22nd, 2017 | by Ash Nordin
Kini Trending

Manusia tak pernah bersyukur dengan apa yang dimiliki. Ayat itu sesuai dikaitkan dengan lelaki Thailand bernama Noppajit Monlin. Noppajit telah menjalani pembedahan plastik dan sekaligus telah mengubah 100% daripada bentuk muka asalnya.

Menurut laporan Coconuts Bangkok, Nappojit dipilih untuk menyertai rancangan TV ‘Let Me In Thailand’. Dimana mereka akan menawarakan ‘makevoer’ menerusi pembedahan plastik di Korea Selatan. Jom kita lihat transformasi Nappojit ini.

Alami masalah rahang, dipulau rakan

Sebelum pembedahan, Nappojit akui dia menderita akibat mempunyai rahang yang senget dan mengalami gangguan ketika mengunyah. Nappojit juga sering berasa malu kerana kewujudannya tidak diendahkan oleh sebab penampilannya. Dia juga sering makan bersendirian ketika waktu rehat.

Semuanya berubah apabila Nappojit membuat pembedahan pada bahagian rahang, dahi kelopak mata dan suntikan botox ke kelenjar liurnya serta rawatan kulit dengan tujuan menghilangkan parut. Katanya lagi, dia tidak berjumpa dengan ibunya sejak menjalankan rawatan.

Selain dari itu, Nappojit akui kehidupannya mengalami perubahan drastik, terutama sekali dari segi kehidupan sosial. Walaubagaimana pun, dia berkata biarpun wajahnya berubah tetapi dia masih insan yang sama serta tetap mencintai teman wanita transgerdernya bernama Tob. Dia juga mencari pekerjaan di agensi modelling.

Sumber: Instagram Noppajit/ Astro Awani

Save

Save

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×