berita

Foto Rumah Shah Iskandar Diserang Kulat

October 31st, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-10-31 at 10.28.23 AM

Kami agak bersimpati dengan nasib yang menimpa pelakon kacak ni. Siapa tak marah kalau rumah yang menjadi tempat untuk kita melepaskan lelah setelah penat berkerja ditumbuhi kulat.

Menerusi foto yang dimuat naik oleh Shah Iskandar di laman Instagramnya semalam, kami ingatkan hanya sofa sahaja yang tumbuh kulat, tapi sangkaan kami sama sekali salah.

Screen Shot 2014-10-31 at 10.27.45 AM

Pelik juga kami kenapa sofa tersebut boleh jadi berkulat. Padahal Shah hanya meninggalkan rumahnya selama 2 hari untuk menjalani penggambaran di Cherating. Nak tahu perkara sebenar yang berlaku? Kenyataan berikut diberikan oleh Shah Iskandar di Berita Harian.

“Saya sendiri jadi geli tengok baju, sofa, kasut dan beg contohnya tumbuh kulat. Selalunya saya ingat paip di sinki akan bocor yang menyebabkan berlakunya lantai basah. Ini kebocoran berlaku dari atas siling. Peliknya hanya saya yang mengalaminya.

Sejak pagi tadi saya terpaksa bertemu pihak pengurusan kondominium untuk menyelesaikan masalah ini. Tapi hanya petang tadi, saya mendapat perkembangan terkini apa tindakan pihak mereka selanjutnya. Itupun selepas kali kedua saya ke pejabat mereka.

Bagaimanapun, akhirnya pihak pengurusan sudah mengenal pasti punca permasalahan yang dikatakan daripada kebocoran siling dan akan menyelesaikan masalah tersebut secepat mungkin.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×