Pengacara dan pelakon Che Puan Juliana Evans diketahui sudah mendirikan rumahtangga bersama Y.A.M Tengku Shariffuddin Shah bin Y.A.M Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj pada April 2017 dan dikurniakan seorang puteri pada Julai tahun ini.
Baru-baru ini, Juliana telah mengadakan majlis akikah buat cahaya mata sulung mereka, Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah dan sempat memuat naik beberapa keping gambar di laman Instagram beliau. Jom tengok!
Sedondon warna pink
Pasangan sama cantik sama padan ini memilih untuk mengenakan pakaian berwarna pink di majlis istimewa itu.
Ramainya yang datang
Majlis itu turut dihadiri oleh keluarga serta kaum kerabat Juliana dan suaminya. Meriahnya!
Diadakan di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah
Majlis cukur jambul dan berendoi Tengku Kamiliah ini telah diadakan di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang pada 14 September yang lalu.
Sumber: Instagram Julianaevans