Sempena ulang tahun kelahiran Jemyma atau nama sebenarnya Putri Raysha Jemyma Rizal Ashram yang ke-5, pelakon, Fasha Sandha, telah mengadakan sebuah majlis sambutan yang istimewa buat puterinya itu. Majlis yang dihadiri keluarga, rakan-rakan dan juga ramai kanak-kanak itu ternyata sungguh meriah. Wow bestnya!
Kami kongsikan beberapa foto di sekitar majlis ulang tahun kelahiran Jemyma . Cantiknya!
Happy birthday Jemyma
Ibu will do anything for you
https://www.instagram.com/p/B4gl7vHlhIN/
https://www.instagram.com/p/B4kTDnpgYrg/
Menerusi Instagram Fasha, dia memberikan ucapan khas buat puteri kesayangannya itu. Menurut Fasha, dia akan melakukan apa sahaja untuk Jemyma dan Rayfal asalkan mereka sentiasa ‘clingy’ sampai besar. Manakala, menerusi Instagram Jejai, dia memberitahu bahawa setiap tahun pasti dia akan menulis surat ucapan buat puteri tunggalnya itu. Antara ucapan yang diberikan oleh Jejai buat Jemyma ialah dia tidak percaya puterinya itu sudah besar. Jejai turut berharap anaknya itu sentiasa bersamanya meskipun suatu hari anaknya bakal mendirikan rumah tangga.
Sumber: Fasha Sandha & Rizal Ramli