berita

[FOTO] Sekitar Majlis Hari Lahir Lara Alana, Comelnya Ala-Ala Princess Belle!

July 28th, 2019 | by Shafika
Lensa Insta

Siapa tidak kenal dengan anak sulung kepada pasangan Awal Ashaari dan Scha Alyahya. Sejak hari pertama dilahirkan, Lara Alana sudah mula mendapat perhatian ramai dan mula muncul sebagai duta untuk beberapa iklan.

Semalam berlangsungnya majlis hari lahir Lara Alana ke 5 tahun dengan bertemakan puteri raja. Majlis yang bertempat di Seputeh Glass House, Ampang dihadiri oleh kenalan rapat dan keluarga mereka. Alahai comelnya mini princess ini!

Hari lahir Lara Alana

Lara Alana binti Ahmad Awaluddin dilahirkan pada 22 Julai 2014. Di usia 2 tahun, puteri kecil ini sudah mempunyai rancangan TV sendiri iaitu Lara Oh Lara yang diterbitkan pada tahun 2016 untuk rancangan televisyen Astro. Rancangan ini mempunyai 16 episod dan mengisahkan kehidupan Lara Alana yang dibesarkan oleh kedua-dua ibu bapanya.

Bersama kawan kawan

Malah, Lara Alana juga boleh dikatakan antara anak selebriti yang mempunyai pengikut ramai di laman Instagram iaitu 3.7 juta. Fuh tak hairanlah kalau dia sering muncul menjadi duta produk seperti Dutch Lady dan Yakult.

Bertemakan puteri raja

Walaupun pelbagai kontroversi melanda sebelum ini melibatkan Lara Alana, namun puteri kecil ini tetap membesar dengan baik dan pintar. Siapa ikuti dia di laman IG, pasti tahu keletah comel Lara. Apa-apa pun kami di Oh!Bulan mengucapkan selamat hari lahir buat Lara, semoga terus membesar menjadi anak solehah dan berjaya.

Sumber : Lara Alana

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×