Tanggal 20 Februari 2020 yang lalu, pelakon cantik jelita iaitu Emma Maembong telah sah bergelar isteri kepada juruterbang, Muhammad Shazli.
Selepas hampir 2 minggu bernikah, pada 6 Mac 2020 pasangan merpati dua sejoli ini telah mengadakan majlis malam berinai. Kami dari OHBULAN! ingin berkongsi beberapa foto kemeriahan majlis malam berinai Emma dan suami yang dikongsikan oleh official photographer, CST Production.
Sama cantik sama padan
https://www.instagram.com/p/B9ZFJwLHRtb/
Bagai pinang dibelah dua
Busana yang dipakai oleh pasangan ini dalam majlis malam berinai mereka adalah hasil tangan pereka terkenal iaitu Rizman Ruzaini. Emma dan suami sangat cantik mengenakan busana berkonsepkan songket bersulam tebuk. Bagai seorang puteri, Emma menggayakan baju kurung Teluk Belanga Songket lengkap berselendang serta becucuk sanggul manakala Shazli mengayakan baju melayu persis raja melayu.
Menggayakan busana songket
Pasangan romantis!
So sweet
Sumber: CST Production