berita

[Foto] Sekitar Majlis Pernikahan Baim Wong Dan Laura Verhoeven

November 22nd, 2018 | by Amat
Lensa Insta

Pelakon popular Indonesia, Baim Wong telah selamat diijab kabul dalam sebuah majlis ringkas bersama pasangannya, seorang model, Paula Verhoeven sebentar tadi. Pasangan ini telah sah menjadi pasangan suami isteri dengan sekali lafaz berserta mas kahwin sebanyak 11 gram emas.

Ayuh kita saksikan foto-foto menarik di sekitar majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup. Tahniah Baim Wong dan pasangan!

Momen bahagia Baim Wong dan pasangan

Pelakon drama sinetron Benci Bilang Cinta ini te;ah mengikat tali pertunangan pada bulan Julai lalu. Majlis pernikahan dihiasi dengan dekorasi menggunakan tema serba putih yang penuh dengan adat Jawa. Manakala, Baim Wong mengenakan pakaian adat lelaki dari daerah Surakarta manakala Paula pula dilihat begitu anggun dengan kebaya putih.

Restu keluarga

Memetik kata-kata manis menerusi Instagram Baim Wong, dia meluahkan rasa gembira dan yakin bahawa Paula akan menjadi seorang isteri yang terbaik buat dirinya dan anak-anak mereka kelak.

Dengan yakin aku menerima @paula_verhoeven sebagai istri dan ibu calon anak-anakku. Akhirnya kita sah menjadi suami isteri.

Sumber: Baim Wong

SKIP THIS AD ×