berita

[FOTO] Sekitar Majlis Sambutan Ulang Tahun Perkahwinan Ke-13 Siti Nurhaliza & Suami, Comelnya Aafiyah!

August 21st, 2019 | by Shahira
Lensa Insta

13 tahun bersama

https://www.instagram.com/p/B1ZB63mnX3m/?utm_source=ig_web_copy_link

Menerusi instagram milik Datuk Siti, dia telah kongsikan beberapa keping gambar sepanjang berlangsungnya majlis tersebut. Datuk Siti juga turut mendedikasikan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan mereka sekeluarga.

Sepanjang majlis berlangsung

Sambutan itu juga disambut secara sederhana dengan kehadiran ahli keluarga kedua-dua belah pihak dan kenalan terdekat. Selain itu, rakan artis seperti Mark Adam, Ernie Zakri dan Syamel turut diundang untuk membuat persembahan pada malam majlis itu.

‘Sayang sampai jannah’

https://www.instagram.com/p/B1aO3bpHDhv/?utm_source=ig_web_copy_link

Penyanyi tersohor negara turut meluahkan rasa syukur dan mendoakan agar mereka sekeluarga diberkati oleh Allah SWT dan saling menghormati dan menerima pasangan seadanya. Datuk Siti juga turut mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan buat suami tercinta, Datuk K.

Rata-rata rakan artis dan peminat tidak putus-putus mendoakan dan mengucapkan tahniah kepada keluarga ini di ruangan komen instagram milik Datuk Siti.

Datuk Siti dan suaminya, Datuk K telah selamat diijabkabulkan pada 21 Ogos 2006 di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan dikurniakan puteri sulung mereka, Siti Aafiyah pada 19 Mac 2018.

Sumber: Datuk Siti Nurhaliza

SKIP THIS AD ×