berita

Foto : Sharifah Aleya Sah Isteri Miko

January 13th, 2014 | by Noraniza
Lensa Insta

Screen Shot 2014-01-12 at 9.00.53 PM

Kegagalan dalam perkahwinan yang lalu, tidak sesekali membuatkan Sharifah Aleya atau lebih dikenali sebagai Leya ini serik untuk melayari bahtera rumahtangga sekali lagi.

Pada tanggal 11 Januari yang lalu, Leya telah selamat diijabkabulkan dengan pasangan pilihannya, Mohammed Azam Abdullah di Masjid Al Mukarammah Sri Damansara dengan mas kahwin berjumlah RM300.

Screen Shot 2014-01-12 at 8.56.14 PMMiko menyarungkan sebentuk cincin di jari Leya

Menurut laporan Astro Awani, Leya mula mengenali suaminya yang lebih senang dipanggil Miko pada tahun 2011 semasa mereka bersama-sama membuat persembahan teater muzikal ‘Terima Kasih Cinta’.

Bagaimanapun, hanya pada pertengahan tahun 2012 mereka bertemu kembali selepas persahabatan mereka menyepi buat seketika.

Screen Shot 2014-01-12 at 8.56.56 PMAntara mereka yang hadir pada majlis pernikahan Leya dan Miko

Ibunya, Fatimah Abu Bakar mendoakan yang terbaik buat pasangan ini dan menasihatkan mereka supaya banyak bersabar dalam rumahtangga.

“Dalam kemarahan, kita kena zip mulut dulu. Mengucap dulu. Kirakan sampai 10 untuk redakan kemarahan. Tweet pun satu. Jangan! Tweet kena kira sampai 20!”

Majlis resepsi disebelah lelaki akan diadakan sekitar bulan Mac di Kota Kinabalu. Disini, OHBULAN! kongsikan lagi beberapa keping foto detik bahagia mereka.

Kredit foto : Instagram Sharifah Amani
The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×