berita

[FOTO] Siapa Cakap Nenek 65 Tahun Tak Boleh Jadi Model? Siap Pakai Towel Good Morning Lagi!

February 8th, 2021 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Bergaya memang ya! Tetapi cantik itu tidak. Itulah pengakuan ikhlas yang keluar dari mulut seorang warga emas yang dikenali sebagai Ong Bee Yan.

Kalau korang nak tahu, Ong Bee Yan ini berasal dari Singapura dan kini berusia 65 tahun. Dia juga merupakan seorang usahawan, nenek kepada dua orang cucu serta model sambilan yang dikenali ramai. Tak nampak macam 65 tahun kan?

Otai masih berbisa

Menerusi laporan Mothership sg, Yan seorang individu yang sangat pemalu dan mempunyai tahap keyakinan diri yang rendah. Tambah Yan, dia tidak suka mengambil foto sekiranya mereka sekeluarga pergi bercuti mahupun ke tempat-tempat menarik. Ini kerana, dia tidak yakin dengan dirinya sendiri.

Bercerita pula bagaimana dia mampu mengubah tahap keyakinan diri, Yan memberitahu dia tidak lagi mewarnakan rambutnya. Jelas Yan, dia berjanji kepada diri sendiri untuk mengekalkan keaslian warna rambutnya meskipun warna putih. Yan juga meluahkan perasaan terharu apabila ada segelintir individu memberikan pujian buatnya sewaktu rambutnya sudah kekal bewarna putih. Dia turut mendapat tawaran sebagai model sambilan kerana pandai bergaya sejak dari itu.

Wow cantiknya!

Tambah Yan lagi, sokongan daripada keluarga merupakan salah satu kunci utama yang membuatkan dirinya berjaya sehingga keluar daripada zon selesa. Dia juga tidak menafikan bahawa perasaan gementar semasa photoshoot masih dirasai sehingga ke hari ini.

Suka bergaya

Sebagai golongan yang sudah berusia, Yan memberi nasihat kepada semua individu agar berani mencuba sesuatu yang baru demi mengubah diri ke arah yang positif.

Sumber: Mothership.sg & Grey Evolution

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×