Semalam, seorang remaja yang berbadan ‘sado’ berpakaian sekolah menjadi viral di Facebook. Rata rata netizen melahirkan rasa terkejut dan kagum dengan badan ‘sado’ remaja ni. Bukan senang nak dapat badan macam ni. Yelah, badan macam ‘hardcore level’ orang main gym. Dah macam atlet bina badan tau.
Tapi, siapa sebenarnya remaja ini? Atlet bina badan ke? Betul ke baru 17 tahun? Jom ushar gambar-gambar ‘sado’ remaja ni. Sado habis!
Abam ‘Sado’
Huh! Sado kan? Remaja ini dikenali sebagai Muhammad Fauzan bin Abd Rashid.
Nak masuk ‘competition’ katanya…
Kalau korang nak tahu adik Fauzan ni bakal bertanding di Kejohanan Besar Bina Badan “MR.KELANTAN” , competition kategori badan cantik , dan Bakat Baru badan cantik pada tarikh 24 Disember Ini! Siapa nak datang support, boleh la datang.
Goodluck SPM!
Remaja sado ini rupanya baru berusia 17 tahun. Fuhh. Macam tak percaya kan? Kiranya tahun ni SPM la kan? Katanya bersekolah di Smk Dato Mahmud Paduka Raja 1 Tanah Merah. Orang Kelate rupanya! Siapa nak tips, boleh la cari adik ni kat sekolah. Hehe.
Kalau korang nak tahu adik Fauzan ini makan 20 keping sehari roti gardenia ni. Pehhh. Sehari 20 keping tau. Mana la tak sado kan?
Amacam? Berurat urat macam tu. Korang ada? Hehe. Seram pun ada.
Superman melayu
Katanya selepas habis sekolah, memang adik Fauzan nak ceburi dunia bina badan secara ‘fulltime’. Apa apa pun kami di OhBulan! ucapkan selamat maju jaya buat adik Fauzan ni.
Sumber : fauzanmuscles