Makin cantik, makin sweet dan makin sejuk mata memandang. Yelah, semenjak sudah mengenakan hijab ni, kami tengok Yana Samsudin sudah mempunyai peminat berlipat kali ganda.
Malah, kecantikannya semakin terserlah dek kerana cahaya kegembiraan jelas terlihat di samping suami tercinta, Fadzil Zahari.
So, masa tengah ada mood honeymoon ni, semalam pasangan sweet ini telah terbang ke bumi Taipei untuk beromantika!
Naik basikal pun nampak sweet. Camno?
Teropong apa tu Yana?
Posing tepi dinding pun jadilaa..
Ooohh.. Bukan honeymoon berdua rupanya!
Ingatkan jelajah Taiwan berdua, rupa-rupanya ramai juga yang mengikut. Siapa yang ikut? Sudah tentu krew-krew sebuah program hiburan yang memaparkan detik-detik bulan madu selebriti. Untunglah honeymoon berbayar ye tak?