Anugerah Juara Lagu (AJL34) sudahpun melabuhkan tirainya malam tadi apabila ‘Sumpah’ nyanyian Naim Daniel dinobatkan sebagai Juara Lagu. Tempat kedua pula, dibawa pulang oleh Aman Ra dengan lagu ‘Bangun’. Manakala, ‘Anta Permana’ dendangan Bob Yusuf yang menggantikan Siti Nurhaliza di tempat ketiga.
Persembahan terbaik dan vokal terbaik ‘ditapau’ juara rancangan realiti, Hafiz Suip. Tidak menggunakan probs yang melampau, Hafiz Suip memukau hati penonton dengan penampilan khas isteri yang sedang hamil.
Romantik!
I just realized that the winner tonight Hafiz Suip and Naim Daniel potray a really good message to their love one?, this is what we called if your ‘nawaitu’ is good, then Allah will make it better for you??
Congrats Hafiz Suip!??Persembahan&Vokal terbaik @hafizsuip ?
#AJL34 pic.twitter.com/P4ERBabPIA— Cqin? (@MiszCqin17) February 10, 2020
Momen romantis di atas pentas berjaya mencairkan hati sesiapa sahaja yang memandang, dan tentu sekali wajah kesayangan Hafiz itu mendapat perhatian ramai. Memang cantik, tak jemu memandang! Difahamkan, isteri, Nureffy Jasreel Abdullah sedang sarat hamil anak kedua selepas melahirkan anak sulung pada Disember 2017.
Cantik sungguh
Malahan, ramai yang memuji ‘effort’ yang ditunjukkan Hafiz dengan penampilan istimewa isterinya ketika turun ke bawah pentas. Mesej utama ditujukan buat insan tersayang dapat dirasai oleh semua penonton yang melihat secara langsung dan kaca televisyen di rumah. Sweet!