Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah antara kerabat diraja yang dikenali bukan sahaja kerana rupa parasnya yang kacak, malah sikapnya yang pemurah. Terbaru, Tengku Hasanal sekali lagi menarik perhatian ramai apabila berjaya menawan puncak Gunung Tahan.
Difahamkan, gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia ini mengambil masa selama empat hari untuk ke puncak dengan ketinggian 2,187 meter.
4 hari pendakian
KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah hari ini selamat berangkat tiba dari puncak Gunung Tahan, setelah menempuh pendakian selama 4 hari di dalam Program Kembara Eksesais Makmur.
Program kembara ini adalah cetusan ilham Kebawah Duli Pemangku Raja sendiri, untuk menyaksikan dan menghayati keindahan bumi bertuah Pahang Darul Makmur. Bersama-sama dengan Kebawah Duli Pemangku Raja di dalam Kembara ini adalah pegawai dan kakitangan Istana Abdulaziz dan pegawai serta anggota Batalion ke-12, Rejimen Askar Melayu Diraja (Mekanize).
Pemangku Raja cintakan negeri
Sesungguhnya, rodong-rodong Pahang sekaliannya amat berbangga mempunyai seorang Pemangku Raja yang begitu cintakan negeri dan ingin menjelajah setiap inci dan pelusuk bumi bertuah Darul Makmur ini.
Daulat Tuanku.
#houseofpahang #pahang #pemangkurajapahang #leadtoserve #gunungtahan
Meskipun ketinggiannya lebih rendah berbanding Gunung Kinabalu, para pendaki sebelum ini mengakui Gunung Tahan mempunyai tahap kesukaran dan cabarannya yang tersendiri. Jadi tidak hairanlah jika pendakian ke puncak mendapat respon positif daripada orang ramai.
Sumber : House of Pahang