berita

[FOTO] Ular Jadian Paling Cantik, Mouni Roy Berjaya Pikat Hati Penonton!

January 6th, 2018 | by Shafika
Lensa Insta

Drama Naagin antara drama TV yang paling berjaya di India. Ditayangkan menerusi  slot Sonia di TV3, kisah cinta dan dendam antara ular jadian dan manusia itu berjaya menarik perhatian netizen. Tidak hairanlah drama ini mendapat rating tertinggi di kalangan penonton.

Pelakon utama, Mouni Roy yang menjadi watak ular jadian itu berjaya menambat hati penonton dengan lakonannya. Kami kongsikan dengan anda beberapa keping foto pelakon ini yang memang cantik sungguh. Macam Izara Aishah pun ada..

Memang cantik

Mouni Roy adalah seorang pelakon dan model. Salah seorang pelakon terkenal industri televisyen India, beliau terkenal dengan peranannya sebagai Krishnatulsi Kyunki Saas Bhi Kabhi Bahu Thi dan Sati di Devon Ke Dev Mahadev dan berlakon sebagai Shivanya di Naagin.

Macam Izara

Mouni Roy adalah seorang peserta dan finalis pada Jhalak Dikhhla Jaa pada tahun 2014. Dia juga muncul dalam lagu “Nachna Aaonda Nahin” pada tahun 2016 filem Tum Bin II.

Memang hot

Meletop

Memang tak puas pandang betul muka Mouni Roy ini. Ramai juga cakap pelakon ini macam artis Malaysia Izara Aishah dan Fauzioh Gous. Ada ke iras?

Sumber : Rizal Hakim,Mouni Roy

 

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×