berita

[FOTO & VIDEO] Hadiah Khas Daripada Isteri Untuk Achey Sempena Ulangtahun Kelahiran Ke-33..Romantik Sangat!

August 23rd, 2019 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Suami mana yang tidak gembira apabila isteri melakukan kejutan sempena hari ulangtahun kelahiran. Betul tak? Lebih-lebih lagi isteri memberikan hadiah yang sangat berharga dan diimpikan selama ini.

Menerusi Instagram Anne Achey, isteri kepada pelawak Achey Bocey itu menghadiahkan sebuah motosikal yang menjadi kegilaan suaminya sempena ulangtahun kelahiran yang ke-33 tahun. Kejutan yang dilakukan Anne terhadap Achey ternyata meraih perhatian netizen apabila mereka turut sebak melihat gelagat pelawak itu, So sweet!

3 tahun awak asyik bagi orang happy

https://www.instagram.com/p/B1c-xjxH5qk/

Menerusi video yang berdurasi 3:44 saat, Achey kelihatan sedang memberikan ucapan sempena hari lahirnya dalam satu majlis khas di sebuah dewan. Namun, secara tiba-tiba situasi tenang itu bertukar menjadi cemas dan kecoh seakan ada satu kejadian yang sedang berlaku di luar dewan tersebut. Sebaik sahaja keluar, isterinya sudahpun menunggu untuk membuat kejutan dengan menghadiahkan sebuah motosikal jenis SYM VF3i kepada suaminya itu.

Terkejut dengan kejutan yang dilakukan, pelawak itu menjerit dan memeluk isterinya. Reaksi Achey ternyata mencuri perhatian netizen apabila mereka turut sebak. Ditambah pula dengan lagu permata untuk isteri nyanyian Kopratasa itu membuatkan akaun Instagram milik mereka dibanjiri dengan komen netizen.

So sweet! susah senang bersama

Foto majlis ulangtahun kelahiran Achey

Antara foto yang dikongsikan oleh Anne dan Achey ketika majlis tersebut berlangsung.

Sumber: Anne & Achey

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×