Di Australia, seorang peladang bakal dikenakan tindakan tegas oleh kerajaan Australia berikutan dengan perbuatannya yang membunuh puluhan ekor koala. Gambar-gambar haiwan tersebut telah tersebar di media sosial sehingga mencetuskan kemarahan orang ramai.
Puluhan ekor koala mati
https://www.youtube.com/watch?v=KKvDV4Ki-78&feature=emb_title
Menerusi laporan Daily Mail, sebanyak 8000 koala dipercayai telah mati akibat kebakaran belukar yang melanda Australia sejak beberapa minggu yang lal Tetapi kini lain pula yang jadinya apabila 40 ekor koala dilaporkan terbunuh dan 80 ekor mengalami kecederaan selepas hutan di kawasan ini telah digondolkan untuk tujuan perladangan dengan menggunakan bulldozer.
Peladang diambil tindakan
Pihak kerajaan Australia dikatakan akan mengambil tindakan tegas terhadap peladang yang melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab itu. Peladang yang dikenali dengan nama Keith Troeth didakwa telah menebang pokok eucalyptus yang juga merupakan habitat haiwan berkenaan. Keith walau bagaimanapun menafikan tindakannya itu dan mendakwa bahawa koala tersebut mati disebabkan kebuluran dan bukan kerana perbuatannya itu.
Koala terpaksa ‘dimatikan’
Menurut seorang jururawat berdaftar, Helen Oakly memberitahu jika dilihat pada keadaan ladang tersebut terdapat ‘bau kematian’. Kesemua koala yang tercedera telah dirawat dan diperiksa pakar veterinar untuk dihadrasi. Sementara itu, ada beberapa ekor koala turut ‘dimatikan’ berikutan dengan kecederaan yang dialami haiwan ini.
Sumber: Daily Mail, Andy Meddick MP, Youtube