Meragut sehingga 50 nyawa, kejadian tembakan yang berlaku di masjid Christchurch New Zealand benar-benar meruntun hati rakyat serata dunia. Ramai yang turut berduka dan bersedih dengan kehilangan nyawa mangsa tidak bersalah itu.
Menerusi laporan Astro Awani, hari ini dua jenazah mangsa serangan tiba di Tanah Perkuburan Memorial Park, Linwood untuk dikebumikan sekitar jam 7.30 waktu Malaysia.
Sekitar pengebumian
Dua mangsa yang disembahyang dan dikebumikan di tanah perkuburan tersebut adalah Khalid Mustafa dan anaknya Hamza Mustafa. Tambah memilukan apabila segenap penduduk turut hadir untuk menyaksikan pengkebumian sebagai penghormatan terakhir.
Disemadikan di Tanah Perkuburan Memorial Park, Linwood
https://www.instagram.com/p/BvNtxPpnH7k/
Hamza, pelajar Cashmere High School yang baru berusia 15 tahun ini disifatkan sebagai seorang yang sangat penyayang dan rajin.
Dihadiri penduduk terdekat
Dimaklumkan, jenazah disempurnakan sendiri oleh keluarga sehingga ke liang lahad. Orang ramai yang hadir turut diminta memberi keutamaan kepada ahli keluarga terlebih dahulu.
Sumber : Astro Awani