berita

[FOTO & VIDEO] Tya Arifin Selamat Lahirkan Anak Kedua

May 10th, 2019 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Tahniah kami ucapkan kepada pasangan romantis Tya Arifin dan Asyraf Khalid kerana telah dikurniakan seorang puteri yang comel semalam.

Bayi perempuan yang diberi nama Azzahra Jiwa Binti Muhammad Asyraf ini selamat dilahirkan pada jam 9.21 pagi di lokasi yang tidak dinyatakan.

Eee comelnya!

Menerusi Instagram Asyraf, dia bersyukur isterinya selamat melahirkan zuriat kedua mereka semalam. Ternyata semua ahli keluarganya gembira menyambut cucu perempuan pertama dalam keluarga.

Video detik kelahiran Zahra

https://www.instagram.com/p/BxPnHYbB3gq/

Menurut Asyraf, Tya seorang wanita yang hebat. Walaupun dia sarat mengandung Zahra, dia tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu kepada Arif. Ucapan terima kasih turut diucapkan buat isteri tercinta.

Ucapan rakan artis dan netizen

Rata-rata rakan artis dan netizen mengucapkan tahniah buat pasangan tersebut. Mereka mendoakan bayi comel tersebut menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia dan akhirat.

Tya dan Asyraf mendirikan rumah tangga pada 1 November 2015 dan dikurniakan seorang putera iaitu Arif Jiwa pada 31 Mac 2017.

Sumber: Tya Arifin & Asyraf Khalid

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×