Baru baru ini viral di media sosial apabila seorang bayi yang baru lahir dikatakan sudah memiliki rupa paras yang kacak. Foto bayi kelahiran Indonesia itu tersebar luas di Internet termasuk di Malaysia. Ramai yang memuji wajah bayi itu yang sudah matang seperti orang dewasa.
Jadi siapa sebenarnya bayi kacak ini? Kami kongsikan dengan anda beberapa foto bayi ini yang pasti buat anda cair. Alahai comelnya.
Memang kacak betul
Ramai yang menyangka bahawa foto lelaki kacak ini merupakan ayah kepada bayi ini. Namun sebenarnya di ruangan komen, ada mengatakan lelaki ini merupakan doktor yang cukup femes di Indonesia. Kebetulan dia yang bekerja di hospital dimana bayi itu dilahirkan.
Ada juga sebahagian netizen yang mengatakan doktor ini yang menyambut bayi tersebut. Namun masih belum ada sebarang pengesahan dari mana-mana pihak.
Sejuk mata memandang
Bukan sahaja di Indonesia, malah di Malaysia turut tersebar wajah kacak bayi ini. Di Instagram doktor Anton Tanjung, ruangan komen dibanjiri dengan orang Malaysia. Ramai yang kagum dengan keindahan ciptaan Allah ini. Mesti mak bapak kacak cantik ini kan?
Netizen puji
Sumber : Anton Tanjung