berita

[FOTO] Wanita Kedua Miliki Kaki Terpanjang Di Dunia, Tinggi Lebih 200cm!

August 19th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Amerika Syarikat, seorang wanita mempunyai masalah untuk mendapatkan seluar dan skirt kerana mempunyai ukuran kaki yang panjang. Wanita yang dikenali sebagai Rentsenkhorloo Bud itu dipercayai memiliki kaki kedua terpanjang di dunia. Wow!

Mewarisi ketinggian ibu bapa

Menerusi laporan Dailymail.co.uk, Rentsenkhorloo merupakan seorang warganegara Mongolia. Dia mempunyai ketinggian lebih kurang 205cm. Manakala, panjang kakinya pula jika diukur dari pinggang ke tumit adalah 52.18 inci atau kira-kira 1.32 m. Oleh itu, wanita tersebut mengalami masalah untuk membeli belah terutama mencari pakaian, melalui pintu bilik dan memasuki tempat yang kecil.

Mengulas mengenai ketinggian yang dimiliki, Rentsenkhorloo memberitahu dia mewarisi ketinggian tersebut daripada ibu bapanya. Ujarnya lagi, ibu dan bapanya masing-masing mempunyai ketinggian 185cm dan 208cm.

Pernah dibuli

Ketika itu, ia menyebabkan saya tidak selesa dengan diri sendiri. Namun, sejak 15 tahun lalu, saya mula menyukai ketinggian ini kerana ia menyebabkan saya berbeza daripada orang lain.

Selain sukar mencari pakaian, wanita tersebut pernah dibuli sewaktu zaman kanak-kanak dan remaja. Namun, dia teruskan semangat dan yakin bahawa kelainan yang dimiliki mampu dijadikan manfaat buat dirinya pada masa akan datang. Tambahnya, dia turut diambil sebagai model sambilan oleh satu jenama legging selepas dia mempunyai ketinggian yang diinginkan oleh agensi model tersebut.

Berdasarkan rekod dunia Guinness, Ekaterina Lisina dari Russia merupakan individu pertama yang mempunyai kaki terpanjang di dunia.

Antara foto Rentsenkhorloo

Sumber: Dailymail.co.uk

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×