berita

‘Frust’ Putus Cinta, Gadis Rempuh Pagar Rumah Bekas Teman Lelaki & Ugut Bakar Kedai

August 15th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Seorang wanita 20 tahun yang kecewa akibat putus putus cinta bertindak merempuh pintu pagar kediaman keluarga bekas teman lelakinya di Taman Perling, Johor Bahru, semalam.

Ugut bakar kedai

Dalam satu kenyataan, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Fariz Ammar Abdullah berkata, kejadian tersebut dilaporkan terjadi pada pukul 5 pagi.

Menurut Fariz, suspek kemudiannya berjaya ditahan polis di Plaza Tol Lima Kedai, Gelang Patah, tidak lama selepas kejadian iaitu pada pukul 6.30 pagi, hari yang sama.

Kakak kepada bekas teman lelaki suspek memaklumkan telah menerima satu mesej ugutan daripada suspek yang mahu membakar kedai perniagaan motosikal milik keluarga mereka.

Turut dikirimkan satu video yang memaparkan seseorang sedang mencurah minyak petrol di hadapan kedai berkenaan, bimbang dengan ugutan terbabit menyebabkan pengadu membuat laporan polis.

Ekoran laporan yang dibuat, sepasukan polis digerakkan ke rumah pengadu sebelum mendapati sebuah kenderaan jenis Toyota Corolla Altis telah merempuh pintu pagar kediaman berkenaan.

Tambah Fariz, anggota polis berkenaan terus mengekori kenderaan suspek sebelum suspek berjaya diberkas di Plaza Tol Lima Kedai, Gelang Patah.

Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif penyalahgunaan dadah jenis ‘benzo’, manakala semakan rekod mendapati suspek tiada rekod jenayah lampau.

Siasatan awal mendapati suspek baru putus cinta dengan teman lelakinya, bulan lalu.

Akibatnya, suspek merempuh pintu pagar kediaman itu menyebabkan keluarga pengadu mengalami kerugian kira-kira RM15,000 selepas pintu pagar tercabut dan menghempap belakang kenderaan milik bapa pengadu.

Sumber: Polis Daerah Johor Bahru Utara

SKIP THIS AD ×