Sebelum ini, peserta program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) mendedahkan episod hitam dirinya pernah menjalani hukuman penjara sebanyak tiga kali atas kesalahan dadah.
Artikel Berkaitan: Fuad Rahman Dah Insaf, Enggan Jadi Hamba Dadah Lagi
Bukan sikit tatu
Pernah terjerumus dalam dunia gelap, Fuad mengakui pernah terdetik untuk membuang ukiran tatu yang dicacah pada anggota badan.
Kata penyanyi kelahiran Singapura yang berumur 43 tahun, dia sudah meminta pandangan daripada ustaz namun dinasihati untuk tidak membuang kerana boleh memudaratkan diri.
Memang dari dulu saya ada niat nak buang tatu, tapi ada kenalan saya tanya pada ustaz dan dia beritahu kalau setakat tatu itu sedikit boleh buang.
Tapi kalau banyak dan memudaratkan tu tak apa tak buang. Macam saya, tatu saya ada banyak… bukan hanya ini (leher) tapi memang banyak… macam blackboard.
Saya menyesal..
Dalam pada itu, pemilik nama Mohamed Fuad Abdul Rahman turut menasihati generasi muda agar tidak tersalah langkah seperti dirinya.
Walaupun ia dah berlalu tapi sejujurnya saya sendiri menyesal. Sebab itu saya nasihat orang-orang muda janganlah buat, nanti kemudian hari akan menyesal.
Konsert mingguan GV9 mula bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor selama 10 minggu pada setiap Ahad, jam 9 malam.
Foto: Azrul Rafie