berita

FUJIFILM Perkenal X-S20, Bateri Tahan Lebih Lama & Ringan – Mudah Untuk Dibawa Bercuti!

May 30th, 2023 | by Sya Alkaf
Kini Trending

Setiap kali bercuti mesti korang akan ambil gambar lebih banyak daripada biasa kan? Kalau boleh setiap momen dan sudut di kawasan tersebut ingin korang abadikan sebagai kenang-kenangan.

Tapi leceh kalau kena kena bawak kamera besar masa bercuti betul tak? Haa.. Jangan risau!

Sekarang dah ada FUJIFILM X-S20, kamera X siri serba baharu tanpa cermin yang ringan dan mudah untuk dikendalikan!

FUJIFILM X-S20 teman sempurna untuk travel

Hadir dengan berat sekitar 491g, X-S20 sangat selesa dalam genggaman memudahkan korang untuk rakam setiap saat berharga. Tapi ini kecil bukan sebarang kecil tau, ia dilengkapi dengan pelbagai peningkatan hebat yang menjadikan ia sebuah kamera mesra pengguna.

1. Bateri tahan lama

X-S20 ditambah baik dengan bateri 8.7Wh NP-W126 yang mampu mengambil sehingga 800 frame lebih banyak berbanding modelnya yang terdahulu memudahkan korang yang suka berjalan jauh serta membolehkan pengguna untuk merakam video dalam jangka masa sehingga 85 minit.

2. 26.1MP sensor & pemprosesan visual berkelajuan tinggi

Bagi memastikan setiap visual yang diambil menggunakan X-S20 berkualiti tinggi, peranti ini dilengkapi dengan back-illuminated 26.1MP sensor “X-Trans™ CMOS 4” dan “X-Processor 5”, hasil gambar korang gerenti *chef kiss*.

3. AI autofocus (AF)

Fujifilm X-S20 juga dikuasakan AI autofokus (AF) dengan keupayaan pengesanan wajah serta objek seperti kenderaan, haiwan dan banyak lagi.

Paling penting kamera ini berupaya untuk fokus secara automatik pada setiap objek bergerak mahupun pegun secara lebih jelas meskipun dalam keadaan pencahayaan yang terhad.

4. Rakam video sehingga 6.2K 30p

Fujifilm X-S20 menawarkan keupayaan rakaman video sehingga 6.2K 30p bersama Fujifilm F-Log untuk gradiasi warna yang lebih memukau.

Selain itu, ia juga mampu merakam 12-bit Apple ProRes dan Blackmagic RAW pada 6.2K 30p atau 5.2K 30p menggunakan HDMI serta dilengkapi jack perekaman audio 3,5m.

5. Vlog mode

Vlog mode adalah penambahbaikan paling best pada admin sebab zaman sekarang ramai yang fokus untuk hasilkan konten di media sosial jadi mode ini sangatlah membantu korang yang suka berkarya secara vlogging.

Melalui mode ini pengguna akan lebih mudah untuk berinteraksi dengan kamera, lagi-lagi dengan adanya Produk Mode yang boleh mengenali serta fokus pada objek yang dihalakan kepada camera.

Ada juga Background Defocus Mode, ia memberikan kesan bokeh pada latar belakang sekaligus menjadikan subjek pada video tersebut lebih fokus dan menyerlah.

Turut diperkenalkan adalah FUJINON Lens XF8mmF3.5 R WR

Fujifilm pada majlis pelancaran X-S20 turut memperkenalkan FUJINON Lens XF8mmF3.5 R WR sebagai tambahan kepada siri XF.

Lens XF8mmF3.5 R WR adalah ‘the widest’  lens menawarkan sudut pandangan sehingga 121° secara menyerong dan 112° secara mendatar.

Paling wow sekali lens ultra-wide ini bakal membolehkan pengguna untuk merakan video serta gambar dengan details yang lebih terperinci malah dikatakan melebihi apa yang boleh dikenali mata manusia. Power!

Lens XF8mmF3.5 sesuai digunakan untuk landscape photography sebab ia mempunyai focal length berukuran 8mm menghasilkan gambar yang super jelas!

Ia juga turut dilengkapi dengan keupayaan tahan air dan habuk serta mampu berfungsi dalam suhu serendah -10°C.

Jika korang berminat nak tahu dengan lebih lanjut mengenai X-S20 dan Lens XF8mmF3.5 korang boleh layari laman web rasmi FUJIFILM di SINI atau lawati laman Instagram rasmi mereka di SINI.

SKIP THIS AD ×