berita

Gadis 14 Tahun Buang Anak Dalam Perigi, Dipercayai Dirogol Warga Emas Cucu 5

September 14th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: News.Detik

Seorang gadis berusia 14 tahun, di Banyuwangi, Indonesia dilaporkan membuang bayi yang baru sahaja dilahirkannya ke dalam sebuah perigi. Kejadian tersebut berjaya dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV).

Gadis buang bayi dalam perigi

Foto: Jatim.INews

Lapor News.Detik, rakaman CCTV menunjukkan ibu muda ini masuk ke tandas sebelum bertindak memasukkan bayi malang itu ke dalam tong sampah. Dia dipercayai bertindak di ‘luar kawalan’ dengan membuang bayi itu ke dalam sebuah perigi.

Terdapat kesan-kesan darah dekat perigi. Selepas kami pergi tengok memang betul ada bayi di dalamnya.

Ujar seorang doktor yang dikenali sebagai Neni, gadis ini pada mulanya datang ke klinik dan mengadu sakit perut, bagaimanapun, semasa pemeriksaan dibuat dia sama sekali tidak mahu berbaring dan memakai pakaian yang besar.

Semasa dia disuntik, dia tidak mahu berbaring di perutnya. Dia hanya ingin mengiring. Perutnya sangat besar.

Menerusi laporan Jatim.INews, seorang lelaki yang mempunyai lima cucu didakwa telah merogol gadis ini sehingga menyebabkan dia mengandung dan melahirkan seorang bayi.

Difahamkan, lelaki tersebut merupakan jirannya dan sehingga kini, mayat bayi tersebut masih belum dikeluarkan dari tempat berkenaan.

Sumber: News.Detik & Jatim.INews

SKIP THIS AD ×