Gambar sekadar hiasan
Seorang gadis berusia 17 tahun mendedahkan pernah menggugurkan kandungan selepas terlanjur dengan bekas teman lelakinya.
Artikel Berkaitan: ‘Pada Usia 18 Tahun Saya Hilang Dara, Cikgu Lelaki Tu Dah Kahwin & Ada Anak 3 Orang’
Artikel Berkaitan: Baru Sehari Bermalam Di Rumah, Lelaki Mengaku Terlanjur Dengan Kawan Isteri – ‘Dia Janda & Saya Mangsa Keadaan’
Hamil luar nikah
Gambar sekadar hiasan
Menerusi luahan yang dikongsikan semula di platform X, gadis ini memberitahu dia dan bekas teman lelakinya berkenalan sejak berusia 16 tahun lagi.
Namun siapa sangka, meskipun masih diusia belasan tahun, kedua-dua remaja ini sudah mula melakukan hubungan seksual sehinggalah gadis ini disahkan hamil luar nikah.
Awal-awal tu kami berdua je tahu. Dia seorang lelaki yang baik dan penyayang. Tapi keadaan semakin serius bila kami kantoi. Melibatkan kes polis juga, awalnya kami decide untuk kahwin tapi akhirnya kami bersepakat untuk gugurkan kandungan.
Gadis ini mengakui sayang akan kandungannya namun terpaksa akur selepas mendapat persetujuan bersama. Malah selepas daripada itu, gadis ini yang juga merupakan pelajar cemerlang mengalami depresi yang teruk.
Lepas gugur, saya jadi gila. Saya cari bekas teman lelaki. Saya menangis, meroyan sampai satu tahap terkena gangguan halus sebab lemah. Dalam satu bulan, berat badan saya turun 7kg.
Saya cari bekas kekasih saya tu tapi dia salahkan saya. Dia cakap saya gila, hina keluarga saya.
Teman wanita baru
Gambar sekadar hiasan
Lebih meruntun hati apabila dia mengetahui bekas teman lelakinya itu sudah pun memiliki teman wanita baharu. Sejak daripada itu, kami mula belajar dari kesilapan dan mulakan hidup baru sebagai kawan.
Teman wanita baru dia cakap lelaki tu kata saya mengandungkan anak lelaki lain dan jadikan dia pak sanggup.
Dia kata saya psycho, saya betul sebab saya pernah hack instagram dia sebab tak nak dia ada perempuan lain. Saya sendiri tengok anak saya mati depan mata, saya yang derita.’
Tidak mahu menyeksa dirinya sendiri, gadis ini nekad untuk ‘move on’ dan berharap agar bekas teman lelakinya itu mendapat balasan atas kata-kata kesat yang pernah diperkatakannya selama ini.
Sumber: X Meinmokhtar