berita

Gadis Cemas Diganggu 2 Lelaki, Desak Minta Nombor Telefon, Alamat Rumah- ‘Mereka Tunggu Dekat Gate, Ikut Dari Belakang’

September 5th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Baru-baru ini viral satu video di media sosial berhubung isu dua orang remaja wanita dipercayai diganggu oleh dua individu yang tidak dikenali ketika mereka sedang beriadah di taman.

Diganggu dua lelaki

Berdasarkan video yang dikongsikan di TikTok, gadis yang dikenali dengan nama Nur Khaizatul mendakwa dia bersama rakannya sedang beriadah di taman namun tiba-tiba ada dua individu lelaki yang menaiki motosikal datang menghampiri mereka. Salah seorang lelaki yang memakai tshirt berwarna merah dengan selambanya duduk di sebelah salah seorang remaja perempuan berkenaan sambil meminta nombor telefon dan alamat rumah mereka.

Saya nak berkawan je. Jahat sangat ke saya ni. Awak bagi nombor telefon, saya tak kacau. Saya niat baik tau.

Dakwa gadis ini lagi, dia dan rakannya sudah meminta individu berkenaan untuk beredar tapi malangnya mereka langsung tidak mengendahkan permintaan tersebut. Malah, individu terbabit dikatakan tetap memaksa gadis berkenaan supaya memberikan nombor telefonnya. Tidak tahan dengan desakan mereka, gadis tersebut kemudian memberikan nombor telefon teman lelakinya dan tidak lama selepas itu, barulah kedua-dua individu berkenaan beredar.

Tapi rupa-rupanya diorang tunggu kitaorang dekat pintu nak keluar dari taman tu weh sumpah kitaorang takut gila and then kitaorang ikut jalan lain lepas itu diorang balik cari kitaorang, gugup jantung aku.

‘Dioarang cari satu taman’

Respon adik individu baju merah

Video kejadian

Perkongsian video tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang rata-rata daripada mereka berang dengan tindakan kurang sopan lelaki berkenaan.

Sumber: Nrkhaizatulll

SKIP THIS AD ×