berita

Gadis Cerita Detik Cemas 2 Jam Diperhatikan 2 Lelaki ‘Misteri’, Mujur..

November 7th, 2017 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Zaman sekarang pelbagai taktik licik perompak yang dirancang tanpa disedari. Lebih malang jika ada cubaan rogol atau bunuh ke atas mangsa. Seperti yang pernah viral sebelum ini, seorang gadis dirogol dan disamun selepas dihampiri oleh seorang lelaki asing.

Terbaru, menerusi laman twitter turut menceritakan detik cemas yang berlaku ke atas kawannya. Mereka diperhatikan oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali di sebuah restoran. Namun, nasib mereka baik apabila sempat sedar keadaan mencurigakan itu. Ngerinya!

Dua lelaki asyik perhati

Mereka diperhatikan dari awal mereka makan di sebuah restoran. Keadaan itu menimbulkan rasa kurang selesa dan mereka mengambil keputusan untuk beralih kedudukan. Malangnya, dua lelaki itu turut mengekori mereka.

Tukar seat, duduk dekat

 

Suspek itu kemudiannya beralih tempat untuk duduk lebih dekat. Tanpa menunggu lama, mereka meminta pertolongan dari rakan lelaki mereka. Selepas itu, pengurus restoran itu mengambil tindakan. Bayangkan dua jam keadaan itu berlaku sebelum dua lelaki itu beredar

Ada ramai lelaki lain dalam kereta dorang

Paling menyeramkan apabila rupanya masih ramai lelaki lain di dalam kereta mereka. Bahaya betul! Semoga gadis di luar sana berhati-hati. Jangan terlalu leka dengan dunia sendiri, sentiasa waspada dengan sekeliling.

Sumber : 

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×