berita

Gadis Cuba Bunuh Diri Lebih 20 Kali Lepas BF Hilangkan Diri, Bimbang Foto Bogel Tersebar

February 5th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Facebook Tantan Confessions Malaysia, seorang gadis berusia 16 tahun berkongsi kisah dia ditipu seorang lelaki yang dikenali di sebuah aplikasi mencari pasangan. Lebih teruk, lelaki tersebut telah meninggalkannya sebaik sahaja menerima beberapa foto bogel.

Kacak dan pandai berkata-kata

Menurut gadis tersebut, dia mengenali seorang lelaki di dalam sebuah aplikasi ‘Tantan’ dan mereka mula menjalinkan hubungan mesra selepas perkenalan tersebut. Pertama kali mengenali lelaki tersebut, gadis ini memberitahu bahawa lelaki itu seorang yang kacak dan pandai berkata-kata. Mereka akan bermain permainan secara atas talian bersama sehingga suatu masa semuanya telah berubah.

Pernah satu kali, dia memberitahu saya bahawa dia tidak berjaya dalam peperiksaan dan mahu melihat foto bogel saya bagi mengembalikan mood gembira. Saya memberitahunya bahawa saya sedang membeli belah, tetapi dia hanya menyuruh saya mengambil gambar di bilik mandi pasar raya tersebut. Oleh kerana takut bahawa dia akan meninggalkan saya, saya turuti sahaja kemahuannya.

Jelas gadis tersebut, lelaki yang dikenalinya itu sudah pandai meminta foto bogelnya. Oleh kerana terlalu sayang dan tidak mahu berpisah, dia menuruti sahaja kemahuan lelaki tersebut. Tambahnya, dia tidak berfikir panjang semasa memberikan foto tersebut.

Berjanji tidak akan tinggalkan saya

Sekadar gambar hiasan

Pada masa itu, saya takut bahawa dia akan meninggalkan saya jadi saya melakukannya. Dia juga berjanji tidak akan berpisah walau apa jua keadaan yang berlaku. Ternyata itu semua bohong dan janji kosong sahaja.Dia telah block saya di semua media sosial dan memutuskan hubungan serta merta selepas melakukan perjanjian tersebut.

Mereka tidak mahu bercakap dengan saya lagi. Saya sangat tertekan. Saya sama sekali tidak dapat menghubungi lelaki tersebut. Saya sangat menderita. Saya sangat berharap dapat menjumpainya dan kembali bersama, sekurang-kurangnya saya tidak akan menjadi seperti sekarang. Saya tidak boleh makan, minum atau tidur. Saya bukan sejenis yang pemarah sebelum ini. Selepas ditinggalkan, saya sering bertengkar dengan keluarga.

Oleh kerana terlalu kecewa dan tertekan, gadis ini telah bertindak untuk membunuh diri lebih kurang 20 kali. Namun, ibu bapanya telah menghentikan tingkah lakunya itu. Jelasnya, ahli keluarga yang lain tidak mahu mempunyai apa-apa hubungan dengannya selepas insiden itu. 

Sumber: World Of Buzz

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×