berita

Gadis Disumbat Hidup-Hidup Dalam Guni & Dicampak Dalam Sawah, Bapa Didakwa Sebagai Pembunuh

July 18th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Foto: Tribun News

Seorang bapa ditahan pihak polis selepas penemuan mayat seorang wanita muda ditemui dalam guni yang dipercayai dicampak ke dalam saliran air di sawah.

Artikel Berkaitan: Tragis! Bekas Pelakon Kanak-Kanak Dibunuh Teman Lelaki Kerana Obsesi Luar Biasa

Artikel Berkaitan: Ngeri! Wanita Dibunuh Dengan Mata Dicungkil, Lidah Dipotong & Alat Sulit Dicacatkan

Suspek ditahan selepas seminggu

Ibu mangsa menunjukkan foto bersama anaknya, Desy Lailatul Kahiriyah.

Foto: Tribun News

Penduduk Kediri, Jawa Timur di Indonesia dikejutkan dengan penemuan mayat tersebut pada minggu lalu yang membawa kepada penangkapan suspek, Suprapto. Dia kemudian didakwa membunuh anak perempuannya.

Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Kediri, Rizkika Atmadha Putra berkata suspek melarikan diri selepas mencampakkan mangsa ke dalam sawah.

Kami telah menahan suspek dan berjaya menemuinya di daerah Kabupaten Tulungagung seminggu selepas dia melarikan diri.

Selepas ditahan, polis menjalankan beberapa siasatan berhubung punca membunuhan gadis berusia 20 tahun itu.

Buat masa ini berhubung motif dan tindakan suspek terhadap mangsa akan dimaklumkan kemudian kerana kami masih menyiasat suspek.

Ketika kejadian, suspek didakwa membunuh anaknya Desy Lailatul Kahiriyah pada malam 5 Julai lalu dan mayatnya kemudian ditemui oleh seorang penduduk setempat.

Keputusan bedah siasat mendapati mangsa dibuang hidup-hidup ke dalam saluran pengairan sawah lalu meninggal dipercayai lemas kerana paru-parunya dipenuhi air.

Selain itu, polis mendapati terdapat kesan luka di tangan dan kesan tumpul pada badan mangsa yang dipercayai akibat dipukul atau berlaku pelanggaran ketika mayat mangsa dicampak.

Sehingga kini, proses bedah siasat susulan masih dijalankan di Hospital Bhayangkara untuk membongkar dakwaan mangsa dirogol.

Dalam pada itu, berdasarkan kenyataan penduduk setempat, mereka tidak begitu mengenali suspek kerana dia tidak bergaul dengan mereka dan jarang berada di rumah.

Sumber: Tribun News

SKIP THIS AD ×