Pembunuhan bekas pelakon cilik dari Jepun, Sana Tominaga yang didakwa dibunuh oleh teman lelakinya pada akhir bulan lalu telah mengejutkan ramai pihak.
Artikel Berkaitan: Ngeri! Wanita Dibunuh Dengan Mata Dicungkil, Lidah Dipotong & Alat Sulit Dicacatkan
Artikel Berkaitan: Lelaki Dakwa Syaitan Arah Bunuh Isteri, Makan Otak & Tengkorak Dijadikan Bekas Abu Rokok
Mangsa ditikam
Gambar sekadar hiasan
Memetik laporan MSN.com, kejadian tersebut berlaku pada 29 Jun kira-kira jam 10 pagi semasa Sana Tominaga keluar dari apartmennya di Tsurumi, Yokohama, Jepun. Dia kemudian didatangi oleh teman lelakinya, Ryo Ito yang membawa sebilah pisau lalu bertindak menikam dirinya.
Mangsa berusia 18 tahun itu dipercayai ditikam beberapa kali di bahagian atas badan. Ibu mangsa kemudian menelefon talian kecemasan selepas melihat anaknya terbaring di atas lantai kerana mengalami pendarahan. Walau bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia ketika dirawat di hospital.
Dalam pada itu, suspek telah menyerah diri ke Balai Polis Tsurumi dan pihak polis telah menangkapnya kerana disyaki membunuh.
Hubungan bermasalah
Hubungan cinta antara mangsa dan suspek bermula semasa mangsa mula bekerja sambilan di sebuah restoran di mana suspek merupakan pengurus di situ. Bagaimanapun, setelah dua tahun bercinta, hubungan mereka difahamkan sedang bermasalah.
Sebelum ini, Tominaga dan rakan-rakannya pernah melaporkan suspek kepada pihak polis dengan mendakwa kekasihnya itu sering bertindak kasar terhadapnya. Malah suspek pernah mengugut untuk membunuh mangsa jika mereka memutuskan hubungan.
Seminggu sebelum kejadian mereka dipercayai bergaduh besar di dalam kereta dan dikatakan telah berpisah. Ekoran itu, polis percaya berkemungkinan suspek menggambil kunci apartmen mangsa di dalam beg galas yang ditinggalkan di dalam kereta tersebut untuk masuk ke rumah mangsa sebelum menyerangnya.
Difahamkan suspek berusia 22 tahun itu bertindak sedemikian kerana obsesi yang luar biasa terhadap mangsa.
Susulan itu, polis telah menghubungi keluarga kedua-dua belah pihak untuk berbincang bagi menyiasat kes tersebut.
Sumber: MSN.com