berita

Gadis Mati Dibunuh Bapa Kandung, Mayat Disorok Dalam Beg Pakaian & Dibuang Tepi ‘Highway’

November 23rd, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Mayat seorang gadis berusia 21 tahun yang dibalut dengan beg plastik dan diletakkan di dalam beg pakaian ditemui di tepi Lebuhraya Yamuna di Mathura Uttar Pradesh, India.

Mati dibunuh bapa kandung

Memetik laporan Times of India, selepas menemui beg pakaian berisi mayat, pihak polis mula mengesan telefon bimbit serta memeriksa kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian selain turut memasang poster di sekitar bandar bagi mengenal pasti identiti mangsa, Aayushi Chaudhary. Namun tidak lama selepas itu, seorang lelaki dan wanita yang dipercayai merupakan abang dan ibu mangsa tampil ke balai polis. Susulan daripada itu, bapa mangsa iaitu Yadav yang datang untuk mengenal pasti mayat anaknya telah disoal siasat pihak polis.

Difahamkan, mangsa dipercayai ditembak mati oleh bapa kandungnya dipercayai berpunca kerana lelaki itu berang kerana mangsa menipu mengenai ‘kehamilannya’ semata-mata mahu perkahwinan rahsianya itu direstui oleh keluarga. Menurut sumber, suspek sakit hati kerana anak perempuannya itu berkahwin dengan seorang lelaki, Chhatrapal daripada kasta yang berbeza tanpa pengetahuan keluarga. Bukan itu sahaja, mangsa juga dikatakan keluar rumah beberapa hari tanpa memberitahu keluarga.

Hasil pemeriksaan mendapati, mayat mangsa ditemui dalam keadaan darah berlumuran di muka dan kepala serta terdapat kesan kecederaan di seluruh badan. Siasatan lanjut berhubung kes ini masih dijalankan.

Sumber: Times of India

SKIP THIS AD ×